Salam and Hi,
Tiba2 rasa nak tulis blog..
Siapa tahu apa itu 'Cleft"?
Secara asasnya 'cleft' ini satu ketidaksempurnaan yang berlaku semasa bayi masih dalam kandungan..
Jadi semasa pembesaran bayi dalam kandungan tisu2 yang menyambung di bahagian tertentu; terutamanya dibahagian atas bibir atau lelangit tak dapat menyambung dengan sempurna. Jadi disebabkan proses tidak dapat lengkap 'cleft' itu terjadi. Itu secara sains.
Saya juga menghadapi 'cleft' palate.. maknanya ia melibatkan lelangit dan bibir. Setiap kali saya berjumpa dengan para doktor, pasti mereka tekejut bila saya buka mulut, sebab mereka baru tahu saya ada 'cleft'. Hakikatnya memang orang tak akan sedar saya ada 'cleft' ini jika lihat secara sekali imbas, tapi bila dah berbual lama2 confirm akan tersedar juga. :)
Setiap kali saya berbual dengan kawan2 or doktor pasti mereka akan tanya 'Maaf ye, nak tanya, mak ayah awak normal?', saya akan jawab "mak ayah saya ok, normal". Selalunya kalau doktor, pasti akan terkejut, sebab sebelum dia tanya mesti mereka akan kata pada saya "Awak tahu tak, awak ada high possibility dapat anak cleft?", Saya pasti akan jawab dengan senyuman "Saya tahu doktor, tapi itu semua kuasa Allah kan?".
Kata ibu saya, masa saya dalam kandungan saya suka hisap jari, zaman dulu tak ada teknik or technology nak alih kan jari bayi dari mulut, tapi dengarnya sekarang dah ada cara; itu saya tak pasti.
Saya bersyukur sebab dikurniakan ibubak yang sangat sayangkan anak2 dia, mereka banyak support kami, macam2 cara mereka ajar kami untuk defend diri and kuatkan hati especially bila kena ejek or buli. hehe.... macam2 benda kelakar.. tapi bila kami buat.. menjadi... Berkat kasih sayang dan doa mereka kan?... :)
Bersyukurlah kita dengan makayah kita, mereka kadang2 depan kita kena kuatkan semangat demi anak2 mereka, mereka marah kita sebab mereka sayangkan kita, mereka concern tentang kita. Kalau kita yakin dengan apa yang kita buat.buktikan pada mereka, jadi mereka tidak risau dan percayakan kita. InsyaAllah. Hargailah mereka selagi hayat kita dikandung badan.
Ada juga yang kata "tak nak buat operation lagi ke?, kalau awak betulkan lagi, lagi cantik", Cantik? itu lah penyebab saya tak mahu buat operation untuk betulkan lagi. Dulu, saya rasakan 'cleft' ni satu ujian buat saya. ye betul itu saya tak nafikan banyak benda kami kena lalui; disisih, pahit, sakit hati, kecewa dan macam2 lagi. TAPI.... dari segala pengalaman, pahit perih dan kesusahan itu lah yang ajar saya yang jadikan saya yang sekarang; tenang, yakin dengan pencipta, sayangi apa sahaja yang Ilahi cipta kerna Dia dan mengenal hakikat tiada apa yang sempurna kecuali Dia. KINI... bagi saya 'cleft' ini adalah anugerah terindah dari kasih sayang Ilahi. Jangan rasa sedih dengan kekurangan kita, sebab kekurangan kita itu mungkin sebenarnya kekuatan kita. Allah Yang Maha Sempurna. Terapkan ia dalam hati dan minda kita. InsyaAllah kita dapat kuatkan hati dalam tempuh apa sahaja dihadapan kita. InsyaAllah... :)
Saya harap apa yang saya tulis disini dapat memberi semangat pada sesiapa yang mungkin berada didalam situasi yang lebih kurang saya...
Oklah saya berhenti disini dulu.... tiba2 terhilang pula apa yang saya nak tulis... hehe...
Jumpa lagi dalam post akan datang... InsyaAllah....
Assalamualaikum.....
Tulus Dariku,
Huda Garib
No comments:
Post a Comment