Thursday, October 15, 2015

Jodoh: Dari Ilahi atau Nafsu ?

Salam dan Hi,

Hari ni terasa nak cerita pasal jodoh pulak... Rasanya inilah topik yang tak pernah jemu didengarkan? :)
Saya yakin semua orang pasti ada pengalaman jatuh hati, heartbroken dan sebagainya... Tipula kalau takde..
Kalau takde tu mungkin itu kes 1 dalam 1,000,000,000 hehe.. gurau je... jangan marah nanti kena jual.. :)

Ni tak boleh tidur ni... boleh pula pagi2 ni rasa nak update blog...

So, nak cerita pasal jodoh... Jodoh ni tak semestinya dengan manusia, boleh jadi benda2 lain, macam kerja, kereta idaman, rumah idaman, ajal pun boleh dikatakan jodoh juga kan? Tapi kali ni saya nak cerita pasal jodoh dengan manusia lah...

kita selalu dengar atau terbaca kat mana2:

"Frust menonggeng sebab pakwe kena rampas dengan orang lain"
"Apa lagi yang kau nak, aku dah buat macam2, last2 kau tinggalkan aku pergi dengan perempuan/lelaki lain"
"Bayangkan, bila kita buat macam2 untuk tarik hati dia, last2 datang sorang lelaki/perempuan, tak payah susah payah pun, terus dapat"
Dan sebagainya..

Sebenarnya, Jodoh tu sangat2 misteri... Kadang2 bila jodoh kita dah sampai, kita sendiri tak percaya dan kadang2 kita tak sedar pun akan kehadiran jodoh tu... Yang kita perasan bila dengan seseorang tu hati kita tenang je, apa yang kita buat semuanya kena, adakalanya kita mampu rasa benda yang sama dan lebih istimewa 2 insan itu boleh komunikasi dan memahami antara satu sama lain tanpa direct communication..  :)
Secara simple nye:-

"Kalau ada jodoh kita dengan seseorang tu selalunya kita buat sekali dua je terus menjadi.. kasih yang terjalin itu dapat berkekalan, tapi kalau bukan jodoh kita, buatlah macam2 bagai nak rak.. akhirnya berakhir dengan kehampaan"

Tak nafikan kita pasti akan kecewa (frust menonggeng kata orang) bila orang yang kita sayang or suka tu jadi hak milik orang lain.. Cuba kita fikir secara positif:-

"Allah, selalunya akan beri apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu"

Jadikanlah ia sebagai peringatan buat diri kita.. bukan mudah... memang benar tapi kalau setiap kali kita terfikirkan kesedihan perpisahan itu... cuba kita kata pada diri kita "Allah, selalunya akan beri apa yang aku perlu, bukan apa yang aku mahu, Allah Maha Mengetahui yang terbaik"... InsyaAllah lama2 kita boleh move on...

Tapi dalam masa yang sama berusahala untuk mendapatkan cinta ALLAH dan pertahankan Ia sepenuh hati.. InsyaAllah apa sahaja kasih sayang yang hadir dalam hati kita InsyaAllah datang dari Allah... Amin...


Cinta ni bagi saya ada 2 kategori:
-Kasih sayang yang lahir dalam lubuk sanubari kerana ALLAH; atau
-Kasih sayang yang lahir kerana nafsu

Pilihla dengan bijak... InsyaAllah kita bahagia hingga kesyurga... :)

Tapi dalam kita mencari atau menunggu jodoh.. kita kena ingat selalu

"Jodoh didunia belum tentu kita akan dapat, tapi ajal atau kematian pasti akan jumpa dengan kita."

Jumpa lagi di post yang akan datang... Assalamualaikum :)

Tulus Dariku
Huda Garib

No comments:

Post a Comment