Thursday, October 22, 2015

Journey of Life: Do people really change?

Salam and Hi,

Sakit kan sebenarnya bila kita betul2 dah suka seseorang dan mula rasa sayang.. Tiba2 dalam dia cuba mula menerima kita, dia boleh berjumpa dengan orang lain yang lebih cantik dan menarik dan terus fall in love... 

Sakit.. memang sakit... Tapikan sebenarnya kita patut bersyukur pada Allah tau.. Sebabnya Allah selamatkan kita dari terjerumus dalam satu gaung dari puncak bukit yang tinggi semasa kita sedang menikmati keindahan pemandangannya... 

Bayangkan bila kita terburu-buru untuk melangkah kealam perkahwinan.. dan tiba2 pasangan kita tu buat perangai... uish tak masak ke kita? Masa bercinta.. masa lonely.. masa mencari-cari... memang nampak semuanya indah... sebab memang syaitan nak kita nampak macam tu.. dan nafsu pula sibuk mengaburi hati dan mata kita... Tapi bila ikatan suci terbina... semuanya akan jadi "upside down"... sebab apa? sebab syaitan cuba pula nak pisahkan kita dengan pasangan tu...

for me:

To be happy is not about being with someone.. BUT it is always because being close and believe in ALLAH

Kita kena selalu ingatkan diri kita... Bagi kita mencintai kerana Allah itu bila kita rasa tenang dan bahagia... itu memang benar.. tapi tak dinafikan sebenarnya cinta kerana Allah itu lebih besar dari apa yang kita sangkakan... Subhanallah.... Sebab tu kita boleh tengok macam mana ada sesetengah pasangan dia boleh menerima seseorang itu walaupun dia tak punya cukup anggota badan... (sebelum bernikah)... Masih boleh sayang menyayangi tanpa pedulikan hinaan orang lain... Jangan kita hina orang cuba menyayangi insan lain walaupun kekurang fizikal yang dia hadapi... Tak dinafikan semua orang suka pada kecantikkan... dan adakalanya kita akan diuji dengan kecantikkan itu... Kuatkanlah hati sebab kita takut nanti kecantikkan itu memakan diri...  Kecantikkan boleh menjadi fitnah... Itulah concern saya... 

Tapi apapun yang terjadi... semuanya ada hikmah... samaada untuk buat kita lebih kuat atau melemahkan kita... semuanya terletak pada kita... pilihla dengan bijak... Ingat satu je..

Tak ada satupun milik kita, semuanya milik Ilahi.... Jika Allah putuskan untuk beri sesuatu pada kita, jagalah ia dengan baik.. terima ia kerana Allah... tapi bila masanya Allah nak ambil balik... lepaskan lah ia kerana Allah.. usah diratapi... keep move on... lupakan segala memori... jangan difikirkan lagi apa perkara yang indah pernah berlaku antara kita dan sesuatu atau seseorang itu... Ada banyak lagi benda yang kita perlu jelajahi dan pelajari dalam dunia ini untuk mempersiapkan diri untuk kesana nanti...

Ia akan jadi lebih susah jika kita asyik terkenangkan memori yang indah, bila kita asyik belek media sosial dia, kalau terpaksa pindah dan keluar dari tempat yang kita selalu berjumpa... cubalah untuk keluar dan menjauhi daripada bertemu.... InsyaAllah... Kita boleh survive.... semuanya bergantung pada diri kita... macam post saya yang lepas... tak guna sebenarnya kita memaksa sesuatu perkara itu.. sebab kita rasa kita nak benda itu.. tapi hakikatnya kita tak perlu pun... Jadi...

Allah tak beri apa yang kita mahu, tapi Allah akan beri apa yang kita perlu... Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik...


P/S: Jangan rasa desperate.. sebab bila kita rasa desperate... we might choose a wrong road... keep calm... ask Allah.... give time... InsyaAllah you'll find the truth... My pray with always be with all of u... InsyaAllah... :)

Sometimes, we will take a same bus and when we reach the destination, like it or not we have to get down and continue our journey... Before leaving the bus I looked at the back of the bus and see someone who suppose to be with me keep talking with another person, a person that I taught has changed, never place beauty too high in his life but it seems that it still there. Therefore, I have to leave them and let them continue their journey, since it seems like they know where they're going... Bye bye.. and have a nice journey... 


Tulus Dariku,
Huda Garib

Thursday, October 15, 2015

Jodoh: Dari Ilahi atau Nafsu ?

Salam dan Hi,

Hari ni terasa nak cerita pasal jodoh pulak... Rasanya inilah topik yang tak pernah jemu didengarkan? :)
Saya yakin semua orang pasti ada pengalaman jatuh hati, heartbroken dan sebagainya... Tipula kalau takde..
Kalau takde tu mungkin itu kes 1 dalam 1,000,000,000 hehe.. gurau je... jangan marah nanti kena jual.. :)

Ni tak boleh tidur ni... boleh pula pagi2 ni rasa nak update blog...

So, nak cerita pasal jodoh... Jodoh ni tak semestinya dengan manusia, boleh jadi benda2 lain, macam kerja, kereta idaman, rumah idaman, ajal pun boleh dikatakan jodoh juga kan? Tapi kali ni saya nak cerita pasal jodoh dengan manusia lah...

kita selalu dengar atau terbaca kat mana2:

"Frust menonggeng sebab pakwe kena rampas dengan orang lain"
"Apa lagi yang kau nak, aku dah buat macam2, last2 kau tinggalkan aku pergi dengan perempuan/lelaki lain"
"Bayangkan, bila kita buat macam2 untuk tarik hati dia, last2 datang sorang lelaki/perempuan, tak payah susah payah pun, terus dapat"
Dan sebagainya..

Sebenarnya, Jodoh tu sangat2 misteri... Kadang2 bila jodoh kita dah sampai, kita sendiri tak percaya dan kadang2 kita tak sedar pun akan kehadiran jodoh tu... Yang kita perasan bila dengan seseorang tu hati kita tenang je, apa yang kita buat semuanya kena, adakalanya kita mampu rasa benda yang sama dan lebih istimewa 2 insan itu boleh komunikasi dan memahami antara satu sama lain tanpa direct communication..  :)
Secara simple nye:-

"Kalau ada jodoh kita dengan seseorang tu selalunya kita buat sekali dua je terus menjadi.. kasih yang terjalin itu dapat berkekalan, tapi kalau bukan jodoh kita, buatlah macam2 bagai nak rak.. akhirnya berakhir dengan kehampaan"

Tak nafikan kita pasti akan kecewa (frust menonggeng kata orang) bila orang yang kita sayang or suka tu jadi hak milik orang lain.. Cuba kita fikir secara positif:-

"Allah, selalunya akan beri apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu"

Jadikanlah ia sebagai peringatan buat diri kita.. bukan mudah... memang benar tapi kalau setiap kali kita terfikirkan kesedihan perpisahan itu... cuba kita kata pada diri kita "Allah, selalunya akan beri apa yang aku perlu, bukan apa yang aku mahu, Allah Maha Mengetahui yang terbaik"... InsyaAllah lama2 kita boleh move on...

Tapi dalam masa yang sama berusahala untuk mendapatkan cinta ALLAH dan pertahankan Ia sepenuh hati.. InsyaAllah apa sahaja kasih sayang yang hadir dalam hati kita InsyaAllah datang dari Allah... Amin...


Cinta ni bagi saya ada 2 kategori:
-Kasih sayang yang lahir dalam lubuk sanubari kerana ALLAH; atau
-Kasih sayang yang lahir kerana nafsu

Pilihla dengan bijak... InsyaAllah kita bahagia hingga kesyurga... :)

Tapi dalam kita mencari atau menunggu jodoh.. kita kena ingat selalu

"Jodoh didunia belum tentu kita akan dapat, tapi ajal atau kematian pasti akan jumpa dengan kita."

Jumpa lagi di post yang akan datang... Assalamualaikum :)

Tulus Dariku
Huda Garib

Sunday, October 11, 2015

"Cleft", Anugerah atau Ujian... Motivasi diri..

Salam and Hi,

Tiba2 rasa nak tulis blog..
Siapa tahu apa itu 'Cleft"?

Secara asasnya 'cleft' ini satu ketidaksempurnaan yang berlaku semasa bayi masih dalam kandungan..
Jadi semasa pembesaran bayi dalam kandungan tisu2 yang menyambung di bahagian tertentu; terutamanya dibahagian atas bibir atau lelangit tak dapat menyambung dengan sempurna. Jadi disebabkan proses tidak dapat lengkap 'cleft' itu terjadi. Itu secara sains.

Saya juga menghadapi 'cleft' palate.. maknanya ia melibatkan lelangit dan bibir. Setiap kali saya berjumpa dengan para doktor, pasti mereka tekejut bila saya buka mulut, sebab mereka baru tahu saya ada 'cleft'. Hakikatnya memang orang tak akan sedar saya ada 'cleft' ini jika lihat secara sekali imbas, tapi bila dah berbual lama2 confirm akan tersedar juga. :)

Setiap kali saya berbual dengan kawan2 or doktor pasti mereka akan tanya 'Maaf ye, nak tanya, mak ayah awak normal?', saya akan jawab "mak ayah saya ok, normal". Selalunya kalau doktor, pasti akan terkejut, sebab sebelum dia tanya mesti mereka akan kata pada saya "Awak tahu tak, awak ada high possibility dapat anak cleft?", Saya pasti akan jawab dengan senyuman "Saya tahu doktor, tapi itu semua kuasa Allah kan?".
Kata ibu saya, masa saya dalam kandungan saya suka hisap jari, zaman dulu tak ada teknik or technology nak alih kan jari bayi dari mulut, tapi dengarnya sekarang dah ada cara; itu saya tak pasti.

Saya bersyukur sebab dikurniakan ibubak yang sangat sayangkan anak2 dia, mereka banyak support kami, macam2 cara mereka ajar kami untuk defend diri and kuatkan hati especially bila kena ejek or buli. hehe.... macam2 benda kelakar.. tapi bila kami buat.. menjadi... Berkat kasih sayang dan doa mereka kan?... :)
Bersyukurlah kita dengan makayah kita, mereka kadang2 depan kita kena kuatkan semangat demi anak2 mereka, mereka marah kita sebab mereka sayangkan kita, mereka concern tentang kita. Kalau kita yakin dengan apa yang kita buat.buktikan pada mereka, jadi mereka tidak risau dan percayakan kita. InsyaAllah. Hargailah mereka selagi hayat kita dikandung badan.

Ada juga yang kata "tak nak buat operation lagi ke?, kalau awak betulkan lagi, lagi cantik", Cantik? itu lah penyebab saya tak mahu buat operation untuk betulkan lagi. Dulu, saya rasakan 'cleft' ni satu ujian buat saya. ye betul itu saya tak nafikan banyak benda kami kena lalui; disisih, pahit, sakit hati, kecewa dan macam2 lagi. TAPI.... dari segala pengalaman, pahit perih dan kesusahan itu lah yang ajar saya yang jadikan saya yang sekarang; tenang, yakin dengan pencipta, sayangi apa sahaja yang Ilahi cipta kerna Dia dan mengenal hakikat tiada apa yang sempurna kecuali Dia. KINI... bagi saya 'cleft' ini adalah anugerah terindah dari kasih sayang Ilahi. Jangan rasa sedih dengan kekurangan kita, sebab kekurangan kita itu mungkin sebenarnya kekuatan kita. Allah Yang Maha Sempurna. Terapkan ia dalam hati dan minda kita. InsyaAllah kita dapat kuatkan hati dalam tempuh apa sahaja dihadapan kita. InsyaAllah... :)

Saya harap apa yang saya tulis disini dapat memberi semangat pada sesiapa yang mungkin berada didalam situasi yang lebih kurang saya...

Oklah saya berhenti disini dulu.... tiba2 terhilang pula apa yang saya nak tulis... hehe...
Jumpa lagi dalam post akan datang... InsyaAllah....
Assalamualaikum.....

Tulus Dariku,
Huda Garib