Monday, October 21, 2013

Klinik Haiwan Exotic Ampang.. Dijamin Bagus... Insyallah...

Salam dan Hi readers,

Kali ni saya nak sahre dengan you all tentang haiwan exotic & klinik exotic pet..

Siapa tahu apa itu haiwan exotic?

Haaahhh.... mesti ada yang blur2 kan.. ada yang meneka-neka... dan ....
 
Mesti ada yang kata

"Ala senang je.... *sambil-sambil menyebut senarai-senarai haiwan exotic yang timbul di kepala*"

ok la tak nak blur2 lagi.. tak yah teka2.. and kalau menyebut satu2 memang jawabnya sampai esok pun tak habis2 kan... hehehe...

Ok... Contoh2 haiwan exotic yang common orang kita bela :-

Kura-kura (tortoise), Chameleon (Mengkarung), Sugar Glider, Chinchilla, Chipmunk, Ferret, Parrot & segala jenis burung, Guinea Pig, Spider, Toad & Frog, Snake (Ular)... boleh dikatakan macam gambar kat bawah ni lah... Tapi kalau ada yang lain saya tak sebut... itu kategori etc la yer... hehe.. KUCING, ANJING dan ARNAB kita jadikan exceptional lah ye coz.. selalunya binatang2 ni diterima kat klinik haiwan yang biasa...



Actually beberapa tahun lepas adik saya bagi hadiah kura-kura kat saya..

So, nak dijadikan cerita saya ni kalau diberi binatang... Prinsip saya... 

'Take care binatang2 yang kita bela sebaik mungkin.. kalau diaorang boleh cakap... kita nak dia cakap kat kita... yang di memang seronok tinggal dengan kita... sebab diaorang rasa disayangi dan di jaga dengan baik dan sangat bertuah dapat kita sebagai tuan'

Macam tak logik kan.. tapi itulah dia... memang itu prinsip saya...

Masa kura-kura @ Red Eared Slider Tortoise tu kecil.. diaorang ni memang senang kena penyakit mata.. mata bengkak tu.. sebab air jarang tukar and boleh menyebabkan kematian sebab diaorang tak nampak makanan yang diberi.. Jadi mereka mati sebab kelaparan...

Jadi satu hari tu, kura-kura saya kena penyakit tu.. Al maklumlah tak pernah jaga kura-kura seumur hidup.. First time la katakan.. kalau kucing tu memang banyak lah..

Hati dah tak senang.. sedih tengok dia sakit.. Jadi saya pergi korek kat Mr Google.. Korek punya korek.. Jumpa satu forum tentang exotic pet ni... di KL ni kira ada 2 doktor exotic yang memang dipercayai ramai pemilik exotic pet ni... Satu di Petaling Jaya.. Satu lagi kat belakang zoo negara...

Disebabkan, rumah saya area ampang so saya pilih doktor yang belakang zoo negara... senang nak pergi kan... So.. saya mesej doktor tu... buat appointment... Bila hantar dia buat diagnosis.... dia rendamkan Shelly (nama tortoise saya.. hehe) dalam satu bekas air dengan serbuk warna ungu... lepas beberapa minit tu  terus mata Shelly terbuka dengan luasnya... gembira kemain time tu.. hehe...

Then tahun lepas adik saya adopt Guinea pig and tahun ni dia adopt satu lagi.. Kiteorang namakan Sparky dengan Flurry... Dah dekat setahun saya tak pergi doktor tu.. Sekali si sparky dah kena fungus... So buat kali keduanya saya melayan adik saya pergi balik kat sana.. 

Tips saya bila nak pergi jumpa doktor tu:-

1) Make sure buat appointment.. sebab kadang2 dia tak ada kat rumah @ kat KL

2) Dia akan tanya binatang apa yang kita nak bawak... jadi dia dah prepare...

3) Dan.. kitapun kena fully prepare ye.. sebabnya... dia akan tanya kita apa jenis binatang kita tu.. e.g tortoise saya jenis (Red Eared Slider).. macam mana bekas yang kita guna untuk simpan binatang kita tu? Bagi makan apa? & etc (apa2 yg terlintas dikepala doktor tu)... kalau first time dia akan tanya kat mana kita tahu tentang tempat dia tu (so.. kalau you all dapat tau dari sini just bagi tahu je blog address ni)..

4) Masa nak pergi sana saya cadangkan baik bawak kawan ke @ sesiapa la untuk temankan kita.. first sebab kalau kita perempuan untuk safety je.. sebab klinik dia kat dalam rumah... kadang2 ada juga maid dia dengan family dia.. tapi kadang2 dia seorang je... jadi pre-caution je untuk perkara2 yang tak diingini dari berlaku.. Second.. sebab doktor ni akan buat cam kelas... kalau first time kita bawa binatang jenis tu.. dia akan bagi segala pamplet yang related dengan binatang kita tu.. and dia akan bagi macam2 nasihat.. tapi dia akan beri kertas untuk kita tulis and suruh kita simpan.. manusia ni kan pelupa.. masa dengar rasa cam masuk otak je kan.. tapi tengok la bila keluar je dari klinik tu... confirm ada jela yang kita mesti lupakan.. So dengan ada peneman tu.. boleh la tolong ingatkan kita.. hehe.. 

The best part...

Dia tak mencekik sangat.. harga berpatutan... Insyallah.. binatang kita dapat Rawatan + Ubat + Ilmu = Puas Hati (Satisfaction).... lepas dapat ilmu2 tu Insyallah lebih mudah kita nak bela binatang kita tu sebaik mungkin... :)

Ni gambar latest kitaorang pergi sana... Semalam... hehehe... Bawak si Sparky dengan Flurry.. just for check up je.. make sure cukup vitamin..

        Melayan adik - tapi saya plak yg tanya lebih2.. hehe     

                  
 Sparky dengan Flurry.. tengah cuak jumpa dr.. :)

About the Doktor

First of all ini detail doktor tu... (better make appointment dulu kay)..

Dr Vellayan
Add: 10, Jalan L2, Phase 6A
Taman Melawati,
53100 Kuala Lumpur
Tel: 013-6246918

Doktor Vellayan ni dah ada pengalaman selama 28 tahun dengan Zoo Negara dari tahun 1981 sampailah 2008.... diberi Anugerah Mangku Negara (A.M.N)... Masa kiterorang datang tu actually dia baru balik dari Langkawi sebab ada tugas di zoo kat sana....ni kira baiklah dia nak gak layan kiter walaupun tengah penat2 tu kan.... hehe... Dah banyak jenis binatang dia dah pernah involved... Kalau datang klinik dia pasti you all fahamlah sebab banyak artikel and gambar2 dia yang tertampal kat dinding klinik...

Doktor ni memang sayang giler2 kat binatang... ada satu artikel dia kat dinding... Dia sanggup tinggalkan isteri dia dah nak bersalin semata-mata nak menyambut anak unta.. tapi isteri dia memang understanding la... merelakan dia pergi... and boleh juga nampak kesedihan dia kalau binatang yang dibawa tu tak dijaga dengan baik... kena nasihat 'baik punya lah' tuan binatang tu.. So GET READY yer... hehe... but if binatang tu tak dapat diselamatkan.... Ingatlah... doktor tu hanya manusia biasa... tak ada daya nak melawan kuasa ALLAH Yang Maha Sempurna kan?

Okay lah... Rasanya cukup kot membebel saya ni... Hopefully dapat membantu rakan2 yang tengah mencari-cari informasi tentang doktor exotic pet ni...

Selamat Malam dan Assalamualaikum wbt semua...

Tulus Dariku,
Huda Garib

7 comments:

  1. Salam,maaf bertanya kalo yg di petaling jaya tu ade alamat die or contact no x?..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Ain,

      Ini contact number untuk klinik di PJ..

      YEOH VETERINARY CLINIC & SURGERY
      126, Jln SS 24/2, Tmn Megah, 47301 PJ, Selangor
      Tel: 03-78048684
      Fax: 03-78052350

      Tapi dah agak lama detail ini.. Aini tolong check dulu klinik tu masih beroperasi atau belum ye.. TQ..

      Delete
  2. Assalam nk tnya klinik exotic ni masih beroperasi lg ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam.. Ye.. Klinik ni masih lagi beroperasi.. Contact number masih sama.. Cuba mesej no tu and set appointment terus dengan doc.. ok.. 😊

      Delete
  3. hai, maaf ye tanya. agak agak dalam berapa RM saya kena stanby?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baru2 ni kami pergi.. consultation sahaja lebih kurang RM60.. Tidak termasuk ubat.. Campur ubat untuk tortoise sahaja total dalam RM100.. bergantung pada ubat yang diberi jugak.. Lain binatang.. lain ubat.. lain charge dia.. Tapi saya cadangkan sediakan dalam RM150 ke RM200 lebih selamat.. Harap dapat membantu.. 🙂🙂

      Delete