Gambar: Google.com
Dah dekat hujung-hujung tahun ni mesti banyak jemputan majlis kahwin kita dapat kan?
Sampai naik pening memeikirkan apa yang nak diberi..
Kena pula sedara mara, kawan-kawan...
"Nanti terbeli yang serupa.. Segan pulak kan?"
So, Saya nak share ideas-ideas yang saya dapat korek di google.com dan melalui observation yang saya pernah buat... Hopefully dapat bantu sesiapa diluar sana yang sedang bagai hampir nak pecah otak memeikir kan hadiah apa yang nak dibeli...
Saya share 10 hadiah yang terbaik sesuai untuk diberi untuk pasangan pengantin...
First
Barangan Dapur
e.g Set pinggan mangkuk, Set Cutlery (Sudu, Garfu/ Pisau), Set cawan, Set Gelas, Kuali, Periuk, etc
Selalunya tetamu akan beri barangan yang sebegini pasal paling senang nak cari and ikut budget.. Tapi bersedialah.. pengatin tu kalau dapat buka booth boleh jual balik siap boleh jual 2 set yang sama... Kalau pengantin yang dah ada rumah and kerjaya sendiri and pernah ada family sendiri before? macam mana? Usually mereka dah ada dah barangan keperluan sebegini... So... tolak tepi... kita pergi second choice....
Gambar: Google.com (Blog/Pages/etc)
Second
Barangan Elektrik
e.g Iron, Mixer, Blender, Toaster, Microwave Oven, TV, etc
Yang ini juga jadi favorite para tetamu... Pun lebih kurang sama yang diatas... So.. Let's go to our third choice...
Gambar: Depositphotos
Third
Keperluan Bilik
e.g Cadar Katil, Bath Mat, Towel, etc
Yang ini juga jadi pilihan tetamu untuk beri... Towel kalau berlambak-lambak ok je.. coz kalau orang datang rumah nak pinjam dah ada stok.. bath mat.. juga berguna.. kalau banyak.. bilik air lain masih boleh guna.. Impossible satu rumah satu bilik air... kalau satu pun masih tak apa.. berguna.. boleh guna kat dapur depan sinki.. Cumanya.. kalau cadar katil.. kita budget pengantin tu guna katil Queen Saiz... Alih-alih.. dia guna king saiz bed... tak ke tak muat.. So risky... tolak tepi...
Gambar: google.com (Blog/Pages/Site)
Fourth
Barangan rumah
e.g Table mat, Table runner, Coaster, Dulang, Oven Mitten, etc
Yang ini juga menarik untuk diberi.. Sebabnya.. kalau ada banyak pun tak apa... boleh tukar-tukar.... barang-barang yang sebegini ada high risk untuk kotor... Boleh jadi satu minggu 3 kali tukar.. Especially kalau ada orang datang or ada anak-anak..
Gambar: Google.com (Pages/ Blog/Site)
Fifth
Picture Frame
e.g Yang pelbagai saiz (4R, 5R, 8R...) Yang gantung, yang stand, macam-macam bentuk, etc
Yang ini sangat common... Usually orang akan guna juga... Walaupun banyak masih terguna juga... So bole je bagi...
Gambar: google.com
Sixth
Buku-Buku kerohanian dan Motivasi
e.g Alam perkahwinan, Soal Jawab Suami Isteri, Isteri Solehah, Suami Mithali, 1000 Nama Anak, etc
Buku-buku ni akan berguna untuk sumber rujukan yang cepat dan perlu masa yang singkat.. So, boleh beri.. Carilah buku-buku yang benar-benar berguna.. Al maklumlah.. sekarang ada macam-macam buku.. carilah penulis yang betul-betul yakin.. Semoga kita sedikit sebanyak dapat bantu pasangan tersebut untuk lebih mendalami kehidupan rumah tangga.. Tapi bagi pasangan yang berkahwin untuk kedua kalinya.. belilah yang sesuai.. mungkin tentang anak-anak.. nak menyesuaikan diri dalam suasana keluarga baru..
Gambar: Google.com
Seventh
Buku Resepi
e.g Buku Masakan yang simple, etc
Buku Masakan... Jarang ada orang terfikir nak beri yang ini... Ye la.. sekarang ada internet boleh rujuk kalau tak nak masak benda yang biasa... Insyallah berbaloi.. Mana tau... tiba-tiba teringin nak masak lain dari yang lain... boleh rujuk buku... Kadang-kadang rumah baru tak ada internet lagi.. boleh rujuk buku..
Gambar: Google.com
Eighth
Package
e.g Honeymoon Package, etc
Wah!! untungla kalau ada orang bagi package sebegini... Tapi tak mustahil jika ada tetamu yang hadir beri pasangan pengantin hadia sebegini.. Lebih baik jika package tersebut tiada tempoh tamat.. kalau dapat within 1 year pun boleh... Just to make sure that couple tu dapat ambil cuti yang sepatutnya untuk trip tu.. Siapa ada rasa nak bagi... boleh lah beri kat I ye.. but I pergi sorang je la.. tak pun bawak parents.. hehe..
Gambar: Google.com
Ninth
Duit/ Cash
e.g Duit Seikhlas Hati.. (RM????), etc
Duit/ Cash.. memang berbaloi kalau beri... kenapa?? sebab at least kita boleh tolong family pasangan tu untuk cover kenduri dia... kurang sikit beban family pengantin tu.. tak berhutang sana-sini... Bak kata orang tua-tua 'Salam Kaut'.... selalunya diberi pada ibubapa pasangan pengantin tu... kalau rumah pengantin perempuan berila kat parent pengantin perempuan.. jangan beri kat parents pengantin lelaki... kang dia buat muka pelik.. tak pasal-pasal kita jadi bahan... hehe... Seriously beri ni pun berbaloi sangat-sangat...
Gambar: Google.com
Tenth
Gift Card/ Voucher
e.g Aeon Gift card (value RM 50/ RM100), Parkson Gift card, etc
Gift card ni mudah... kita pergi store/ hypermarket yang kita rasa kita nak.. tanya counter store tu ada tak jual gift card... Beli Gift Card tersebut dengan value yang kita nak.. nanti counter tu bagi kita card dengan value yang kita bayar.. kalau kita bayar RM50.. kita dapat gift card yang ada value RM50.. Untungnya beri gift card ni.. kita suruh pasangan tu sendiri cari barang apa yang diaorang nak.. lagi better diaorang beli ikut taste diaorang.. tak semua taste sama.. Jadi lagi pasangan tu puas hati.. ye dak... So boleh bagi... Kalau tahap kemalasan kita nak memikir barangan apa yang nak diberi dah sampai ke tahap maksimum... bagi jer Gift card.. Kalau tak silap... gift card ni tahan lama.. tak macam voucher... ada limit time yang sangat pendek..
Gambar: Google.com
Melalui observation dan info-info yang ada... Ini lah senarai hadiah terbaik boleh diberi..
Tapi...
Kalau anda ada idea-idea yang lain dan menarik.. boleh je kongsi disini... :)
Kita sama-sama bantu satu sama lain... :)
Hopefully post ini dapat membantu anda semua yang sedang pening memikirkan hadiah apa nak dibeli.. :)
Hopefully post ini dapat membantu anda semua yang sedang pening memikirkan hadiah apa nak dibeli.. :)
Tulus Dariku,
Huda Garib
No comments:
Post a Comment