Thursday, June 10, 2021

Paradigm Mall Johor Bahru: Camp5 (August 2020)

Bismillahirahmanirrahim..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih


Salam dan Hi Readers,

Keep on polishing the positive vibe, Let's whack the negativity out mannn... hahaha

 

Ok.. apa kita nak cerita hari ni.. Actually tadi ingat nak cerita pasal something else.. tapi ada problem sikit so.... saya decide untuk tukar tajuk.. Ok.. topik kali ni kita cerita pasal aktiviti panjat memanjat gituu... hahaha... Maknanya rock climbing la kan... Nak pergi outing belum ada cukup ilmu lagi.. So.. kalau you all nak exercise cara yang fun.. and nak belajar or merasa la rock climbing ni.. this can be one of the good activity for you guys..

 

Apa yang buat kami terpikir nak pergi Camp5 kat Paradigm Mall, Johor ni?

Cerita dia macam ni.. Masa lepas PKP tahun lepas kami kesian kan anak-anak sedara yang dah macam huru hara bila kena kurung lama sangat.. Benda ni jadi sebelum kami terjumpa promosi LegoLand Malaysia.. Kena pulak selama beberapa minggu bakibu semua balik KL.. Saya dengan adik saya rasa kesian kat diaorang ni.. So.. kita orang korek lah pakcik google buat survey kat mana boleh bawak mereka kasi refresh sikit.. Banyak tempat.. Tapi disebabkan PKP yang agak lama.. banyak business kena impact sampai kena tutup.. Camp5 kat Paradigm Mall ni jelah yang memang betul-betul masih beroperasi..

So.. Adik saya dengan saya terus cakap.. 

'Let's do it!'

Confuse sape sebenarnya yang tepu ni.. hahaha..


TAHU TAK?

1 jam rock climbing kita boleh burn hampir 700 kalori.. 1 jam solid, rehat sikit-sikit je.. Kalau 25 minit je panjat lain rest memang tak lah sampai ke 700 tu kan... hahaha...


Apa yang anda perlu tahu tentang Camp5?

 

Membership. Semua orang yang nak buat aktiviti dengan Camp5 kena register membership. Macam mana?

 

a) Register kat tempat Camp5 tu sendiri. Mereka ada sediakan komputer untuk buat registration

b) Register online. https://www.camp5.com/becoming-a-member.php

 

Nak buat membership tak ada bayaran.. PERCUMA je.. dan membership tu seumur hidup ye. Nanti masa birthday kita ada masa mereka akan ada birthday treat. Saya hari tu mereka nak bagi brownis percuma kat cafe dia. Tapi saya tak pergi atas sebab-sebab tertentu.. Nak suruh kita makan pastu pergi panjat lah tu.. hahahaha.. Bijak! hahaha.. taklah.. serious memang takleh pergi..

Ini membership untuk Camp5. Belakang card ni ada serial number untuk diaorang scan and ada initial letter untuk identify card to milik siapa. Macam saya punya H. sebab Huda.



ABC Climber. Aktiviti yang ada di Camp5, Paradigm Mall Johor sahaja tau.

Kami ambil aktiviti ni.. kenapa eyk? Sebab memandangkan kita nak melayan anak-anak and nak try tengok dulu macam mana.. sebab first time kan.. 

Bayaran pulak.. Weekend dan weekdays berbeza ye.. Bayaran untuk aktiviti ni termasuk dengan sewa helmet, kasut dan harness k. 

Ni zara tengah pakai harness.. Staff Camp 5 akan pakaikan and ajar kita untuk first time.. 
 

Ni Aniq tengah pakai harness.. Segan-segan dia bila staff Camp5 pakaikan.. Last2 makngah kena masuk tolong.. hehehe..
 
 
Stokin you all kena bawa sendiri ye.. kalau tak kena beli.. Alhamdulillah kami bawak.. Kasut Camp5 memang ada sediakan.. Ala sama je kalau kita pergi main bowling..


Kami ambil yang climbing untuk anak-anak saja.. Kami yang adult hanya berada dibawah untuk jaga diaorang jer.. Still ada bayaran k.. tapi taklah mahal sangat. Nak jimat, pergi je lah bayar untuk main sekali.. berbaloi.. hahaha.. kenapa? 

Sebab percayalah.. Budak-budak tu tak dan nye la nak panjat selama 1 jam.. Paling lama 30 minit.. lagi-lagi beginner.. Tak tahulah kalau dah lama2 kan.. stamina mereka naik dan mampu bertahan selama sejam tu..


Ni Zara.. Untuk pertama kali dia rasa panjat tu sangat menyeksakan.. hahahah... Baru tau kan... Punyalah seksa kitaorang nak pujuk, bagi semangat kat dia supaya dapat panjat sampai atas.. Dapat lah dua kali.. pastu dah tak sanggup dah... adehhh.. Takpela.. itu pun dah cukup bagus dah.. 
 

Yang ni pulak Aniq.. Si abang ni memang panjat memanjat memang hobby.. So suka lah kan.. Abis semua tempat dia test nye.. Paling kelakar tu.. Dah sampai atas paksa kita ambik gambar.. hahaha... sempatt..

 

PESANAN:

Kalau nak panjat tu.. tolong mintak staff Camp5 serbuk kapur tau.. Kitaorang terlupa.. Lepas budak-budak tu kata tangan diaorang merah.. Baru kitaorang teringat.. Alahai... kesiannyelah.. Dah ada serbuk kapur tu baru lah diaorang ok.. 😅

 

Actually kat Camp5 ni ada banyak aktiviti.. terpulang pada kita nak yang mana.. Tapi.. untuk kita memanjat sendiri tanpa ada instructor kita kena ambil kursus dulu dengan Camp5 dan dapat sijil baru boleh buat sendiri.. Sebab tu kami ambil pakej ABC Climbing ni..

Tak perlu risau.. sebab sebelum kita buat ABC climbing ni.. Staff dia akan ajar kita satu-satu macam mana nak buat semua.. So tak yah risau.. Diaorang memang available jer nak tolong kita.. Tapi ikut pengalaman kami.. Dia ajar sekali dua.. InShaAllah paham and boleh buat.. Sebab lepas dia ajar tu dia akan tengok kita buat.. dah ok baru dia tinggalkan kita.. So don't worry.. Just do it Man!! .. hahaha..

Masa kitaorang buat aktiviti ni kan.. Kitaorang nampak ada family dari luar negara (Tak tahu orang mana.. hahah) .. Anak dia macam dalam umur 6 tahun.. panjat tinggi muka relax jer.. perghhhh.. Memang dah biasa lah sangat tuh.. Salute!


Kat mana boleh pergi Camp5 ni?

Untuk pengetahuan you all kan.. Setiap branch Camp5 diseluruh Malaysia.. Masing-masing ada special aktiviti tau.. Maknanya kat branch tu jer yang ada.. Branch lain tak ada.. Macam Paradigm Mall Johor.. ABC Climbing ni takde kat branch lain tau.. Kat Paradigm Mall je yang ada...
 

Paradigm Mall (Johor Bahru)

7F-08 Level 7, Skudai Paradigm Mall, Jalan Bertingkat Skudai, 81200 Johor Bahru, Johor

07-232 7783


1 Utama (Kuala Lumpur)

Utropolis Marketplace (Kuala Lumpur)

Eco City (Kuala Lumpur)

Jumpa Mall (Kuala Lumpur)
 
 
Kalau you all berminat nak try aktiviti ni check out je website dia ni haa...
 


Ok lah... Sampai kat sini je kot saya kongsi tentang Camp5 ni.. Sebab saya rasa it is a good activity.. Yang saya rasa ramai yang overlooked dengan aktiviti sebegini untuk anak-anak beriadah dengan cara lebih healthy.. Hopefully dengan perkongsian ini dapat memberi sedikit idea pada you all.. Paling-paling terbuka mata dan fikiran kita tentang cuba sesuatu yang baru dan lain kan.. InShaAllah..
 
 
Tulus Dariku,
Huda Garib

No comments:

Post a Comment