Thursday, June 10, 2021

Paradigm Mall Johor Bahru: Camp5 (August 2020)

Bismillahirahmanirrahim..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih


Salam dan Hi Readers,

Keep on polishing the positive vibe, Let's whack the negativity out mannn... hahaha

 

Ok.. apa kita nak cerita hari ni.. Actually tadi ingat nak cerita pasal something else.. tapi ada problem sikit so.... saya decide untuk tukar tajuk.. Ok.. topik kali ni kita cerita pasal aktiviti panjat memanjat gituu... hahaha... Maknanya rock climbing la kan... Nak pergi outing belum ada cukup ilmu lagi.. So.. kalau you all nak exercise cara yang fun.. and nak belajar or merasa la rock climbing ni.. this can be one of the good activity for you guys..

 

Apa yang buat kami terpikir nak pergi Camp5 kat Paradigm Mall, Johor ni?

Cerita dia macam ni.. Masa lepas PKP tahun lepas kami kesian kan anak-anak sedara yang dah macam huru hara bila kena kurung lama sangat.. Benda ni jadi sebelum kami terjumpa promosi LegoLand Malaysia.. Kena pulak selama beberapa minggu bakibu semua balik KL.. Saya dengan adik saya rasa kesian kat diaorang ni.. So.. kita orang korek lah pakcik google buat survey kat mana boleh bawak mereka kasi refresh sikit.. Banyak tempat.. Tapi disebabkan PKP yang agak lama.. banyak business kena impact sampai kena tutup.. Camp5 kat Paradigm Mall ni jelah yang memang betul-betul masih beroperasi..

So.. Adik saya dengan saya terus cakap.. 

'Let's do it!'

Confuse sape sebenarnya yang tepu ni.. hahaha..


TAHU TAK?

1 jam rock climbing kita boleh burn hampir 700 kalori.. 1 jam solid, rehat sikit-sikit je.. Kalau 25 minit je panjat lain rest memang tak lah sampai ke 700 tu kan... hahaha...


Apa yang anda perlu tahu tentang Camp5?

 

Membership. Semua orang yang nak buat aktiviti dengan Camp5 kena register membership. Macam mana?

 

a) Register kat tempat Camp5 tu sendiri. Mereka ada sediakan komputer untuk buat registration

b) Register online. https://www.camp5.com/becoming-a-member.php

 

Nak buat membership tak ada bayaran.. PERCUMA je.. dan membership tu seumur hidup ye. Nanti masa birthday kita ada masa mereka akan ada birthday treat. Saya hari tu mereka nak bagi brownis percuma kat cafe dia. Tapi saya tak pergi atas sebab-sebab tertentu.. Nak suruh kita makan pastu pergi panjat lah tu.. hahahaha.. Bijak! hahaha.. taklah.. serious memang takleh pergi..

Ini membership untuk Camp5. Belakang card ni ada serial number untuk diaorang scan and ada initial letter untuk identify card to milik siapa. Macam saya punya H. sebab Huda.



ABC Climber. Aktiviti yang ada di Camp5, Paradigm Mall Johor sahaja tau.

Kami ambil aktiviti ni.. kenapa eyk? Sebab memandangkan kita nak melayan anak-anak and nak try tengok dulu macam mana.. sebab first time kan.. 

Bayaran pulak.. Weekend dan weekdays berbeza ye.. Bayaran untuk aktiviti ni termasuk dengan sewa helmet, kasut dan harness k. 

Ni zara tengah pakai harness.. Staff Camp 5 akan pakaikan and ajar kita untuk first time.. 
 

Ni Aniq tengah pakai harness.. Segan-segan dia bila staff Camp5 pakaikan.. Last2 makngah kena masuk tolong.. hehehe..
 
 
Stokin you all kena bawa sendiri ye.. kalau tak kena beli.. Alhamdulillah kami bawak.. Kasut Camp5 memang ada sediakan.. Ala sama je kalau kita pergi main bowling..


Kami ambil yang climbing untuk anak-anak saja.. Kami yang adult hanya berada dibawah untuk jaga diaorang jer.. Still ada bayaran k.. tapi taklah mahal sangat. Nak jimat, pergi je lah bayar untuk main sekali.. berbaloi.. hahaha.. kenapa? 

Sebab percayalah.. Budak-budak tu tak dan nye la nak panjat selama 1 jam.. Paling lama 30 minit.. lagi-lagi beginner.. Tak tahulah kalau dah lama2 kan.. stamina mereka naik dan mampu bertahan selama sejam tu..


Ni Zara.. Untuk pertama kali dia rasa panjat tu sangat menyeksakan.. hahahah... Baru tau kan... Punyalah seksa kitaorang nak pujuk, bagi semangat kat dia supaya dapat panjat sampai atas.. Dapat lah dua kali.. pastu dah tak sanggup dah... adehhh.. Takpela.. itu pun dah cukup bagus dah.. 
 

Yang ni pulak Aniq.. Si abang ni memang panjat memanjat memang hobby.. So suka lah kan.. Abis semua tempat dia test nye.. Paling kelakar tu.. Dah sampai atas paksa kita ambik gambar.. hahaha... sempatt..

 

PESANAN:

Kalau nak panjat tu.. tolong mintak staff Camp5 serbuk kapur tau.. Kitaorang terlupa.. Lepas budak-budak tu kata tangan diaorang merah.. Baru kitaorang teringat.. Alahai... kesiannyelah.. Dah ada serbuk kapur tu baru lah diaorang ok.. πŸ˜…

 

Actually kat Camp5 ni ada banyak aktiviti.. terpulang pada kita nak yang mana.. Tapi.. untuk kita memanjat sendiri tanpa ada instructor kita kena ambil kursus dulu dengan Camp5 dan dapat sijil baru boleh buat sendiri.. Sebab tu kami ambil pakej ABC Climbing ni..

Tak perlu risau.. sebab sebelum kita buat ABC climbing ni.. Staff dia akan ajar kita satu-satu macam mana nak buat semua.. So tak yah risau.. Diaorang memang available jer nak tolong kita.. Tapi ikut pengalaman kami.. Dia ajar sekali dua.. InShaAllah paham and boleh buat.. Sebab lepas dia ajar tu dia akan tengok kita buat.. dah ok baru dia tinggalkan kita.. So don't worry.. Just do it Man!! .. hahaha..

Masa kitaorang buat aktiviti ni kan.. Kitaorang nampak ada family dari luar negara (Tak tahu orang mana.. hahah) .. Anak dia macam dalam umur 6 tahun.. panjat tinggi muka relax jer.. perghhhh.. Memang dah biasa lah sangat tuh.. Salute!


Kat mana boleh pergi Camp5 ni?

Untuk pengetahuan you all kan.. Setiap branch Camp5 diseluruh Malaysia.. Masing-masing ada special aktiviti tau.. Maknanya kat branch tu jer yang ada.. Branch lain tak ada.. Macam Paradigm Mall Johor.. ABC Climbing ni takde kat branch lain tau.. Kat Paradigm Mall je yang ada...
 

Paradigm Mall (Johor Bahru)

7F-08 Level 7, Skudai Paradigm Mall, Jalan Bertingkat Skudai, 81200 Johor Bahru, Johor

07-232 7783


1 Utama (Kuala Lumpur)

Utropolis Marketplace (Kuala Lumpur)

Eco City (Kuala Lumpur)

Jumpa Mall (Kuala Lumpur)
 
 
Kalau you all berminat nak try aktiviti ni check out je website dia ni haa...
 


Ok lah... Sampai kat sini je kot saya kongsi tentang Camp5 ni.. Sebab saya rasa it is a good activity.. Yang saya rasa ramai yang overlooked dengan aktiviti sebegini untuk anak-anak beriadah dengan cara lebih healthy.. Hopefully dengan perkongsian ini dapat memberi sedikit idea pada you all.. Paling-paling terbuka mata dan fikiran kita tentang cuba sesuatu yang baru dan lain kan.. InShaAllah..
 
 
Tulus Dariku,
Huda Garib

Tuesday, June 1, 2021

Lockdown Jun 1 2021: Apa nak buat?

Salam and Hi Readers,

Lockdown datang lagi.. Apa yang kita boleh buat masa tengah lockdown? Duduk rumah.. tak perlu keluar jika tiada keperluan.. Kita cuba usaha sama2 balik untuk putuskan rantaian covid-19 ni ye.. Semalam Alhamdulillah dah sempat membeli apa yang patut.. so hopefully it will last for 2 weeks.. Barang-barang important je.. 


Jom kita share apa aktiviti2 yang boleh kita buat sepanjang PKP ni..

Kalau ikut apa yang orang2 share disekeliling macam2 diaorang buat.. 

1) Kerja yang work from home akan keep on continue.. Yang mana tak boleh.. Kebanyakkan nya mereka buat side income.. Contohnya minat buat kek.. diaorg buat kek, dioarang ambil order and diaorg akan deliver sendiri.. Ada dari mereka sebab perlu tampung kos hidup sebab kerja dah tak ada.. Ada sebab mereka tak mahu buang masa..

2) Pulun tengok segala movie yang ada.. Sebab perasan jugak kat netflix banyak masuk citer lama2 yang Malaysia punyalah kan.. (Rindu nak pergi tengok wayang sambil makan popcorn πŸΏπŸ˜©πŸ˜…) 

Cerita baru kat netflix.. Boleh lah layan kalau ada masa.. πŸ˜…

3) Ada mula buat macam2 content di social media.. Macam benda diaorang buat mengikut minat masing2.. Contohnye membuli binatang peliharaan dengan cara yang comel lah.. bukan buli yang sakit2 tu.. (Kita la syok tengok πŸ˜…)

4) Memperbaiki diri dari segi spiritual.. Contohnye.. Bacaan solat, Solat, Mengaji Al-Quran.. Mendekatkan lagi diri pada Allah.. Mendengar ceramah2 kerohanian.. (Cuba try dengar Ustaz Wadi Annuar especially tentang Syurga, Neraka dan Masyar.. Goosebump.. Lebih dari tengok cerita Seram)..

5) Meluang masa dengan family lebih.. Main game ke, mencuba segala resepi yang ada (Jadi tak jadi belakang cerita πŸ˜…), macam2 lah..

6) Pulun baca buku cerita.. Pernah ada orang share 2 minggu PKP 20 buku dia habis.. bukan nipis tebal oii.. Saya tak mampu nak buat gitu.. Salute lah.. 

7) Korek segala berita kat online pastu buat sesi berdebat dengan orang sekeliling yang kat dalam rumah sama.. πŸ˜…

8) Buat online game dengan family ke, kawan2 ke.. Ala2 scavanger hunt gitu.. Setiap orang kena bagi 5 list barang lepas tu yang lain pergi cari and kena tunjuk kat semua orang.. Orang yang bagi list tu tak payahlah kan.. Lepas tu tukar turn.. πŸ˜… 


Rasanya ada banyak lagi aktiviti2 yang boleh dilakukan masa musim PKP ni kan? Semoga apa yang kita buat itu semuanya membawa manfaat.. InShaaAllah.. Itu je kot buat masa ni saya nak kongsikan dengan you all.. Sebab baru dapat tengok netflix dah beberapa hari tak tengok movie.. Ternampak pulak ada cerita 'Nancy Drew: and the hidden staircase (2019)' .. Nak pergi layan jap lah.. hehehe..

Part cerita mystery ambo memang lemah.. Suka nau.. πŸ§πŸ˜…

SELAMAT BER'LOCKDOWN' semua.. Moga dapat memanfaatkan masa dengan baik.. InShaaAllah.. 


Tulus Dariku,

Huda Garib

Saturday, May 22, 2021

LegoLand Malaysia: Halloween Time (October 2020)

Salam and Hi Readers,

 

Sempat kami pergi bergambar atas stage hari terakhir Halloween. Lepas ni dah tak ada lagi props tu.. hehehe

PEEK- A- BOO... πŸ‘»

Bila kata Halloween.. Kebanyakkan Theme Park kat dunia ni mesti akan ada selitkan event ni dalam calendar diaorang .. Paling-paling mesti nak masukkan rumah hantu kan.. 

Sape berani masuk rumah hantu kat sini?..

Saya 50-50 je.. Especially bila pakai manusia.. Tak suka betul bila pakai orang.. Sebab orang selalu la buat hal.. Pernah masuk sekali.. ditariknya kaki kita.. eiii geram pulak kita... hahaha... Kalau nak ajak saya join, benda pertama saya akan cakap..

'Minta maaf sila cuba lagi..' hahahaha

Dah dah.. ok.. dah lari pulak dari tajuk.. hehehe... Sorry.. Berbalik pada Halloween kat LegoLand Malaysia masa musim COVID-19.. 

Kalau tahun 2019.. Legoland ada sediakan tempat untuk trick or treat.. Ada 4 pintu.. Kita kena ketuk lepas tu akan keluar character yang scary-scary samaada dia bagi gula-gula atau dia buat hal.. Kiteorang pernah ada sesi tarik menarik bucket gula-gula dengan character tu.. hahaha.. Dia lupa yang kita punya sikit dia punya banyak.. hahaha.. Panik dia kita nak ambil dia punya... hahaha... Tapi Tahun 2020 LegoLand tak buat benda tu.. Masih ada trick or treat tapi biasa-biasa je..


Halloween di LegoLand Malaysia masa musim COVID-19 (Tahun 2020)

So, apa yang ada pada tahun 2020 ni.. 

1) Untuk show.. Semua akan berubah.. Lagu, dance semua akan bertemakan Halloween.. Takdelah lagu 'Teamworks make the dream works' dan lagu-lagu lego biasa tu.. Semua akan berlainan.. Jadi dance move pun bertukar.. Baju-baju performers dengan Lego friends semua bertemakan Halloween.. 

Character-character lego yang biashe-biashe tu pun akan di simpan.. Dan keluarlah character-character yang sesuai dengan Halloween.. 

 
Yang ni kat kingdom land.. Menari sakan lah dengan dracula dengan kawan-kawan dia tu.. hehehe

 

 Ini Frankenstein show... Anas suka nauuu dengan si frankenstein ni tahla kenapa... Sampai Halloween dah habis pun masih mencari si pakcik ni.. hehehe


 Ini Green Witch show.. Yang ni banyak perempuan suka.. Sebab dancer pun banyak perempuan je kot.. Entah... sesuka je saya buat andaian.. hahahah...


 
Yang ini Lego Chef.. Pakcik yang tak pernah lah takde.. Sepanjang kitaorang pergi.. tak pernah lagi pakcik ni tak dek... hahahah....


 Ini Lego Friends Show... Memang favourite 3 dara ni.. dah naik famous dah kat sana sebab asal Lego Friends dance... Diaorang ni mesti dance sama lah... heheheh..


2) Ada brick or treats.. very simple.. Lego chef akan bawak krew dia tolak satu carriage... dalam tempat tu akan ada banyak gummy bear 'Haribo'.. Sekali bagi 2 pek setiap budak.. Orang tua kalau nak sila mintak..tak mintak tak dapat.. hehehe.. Monyosal nanti.. Pastu wajib ambik gambar dengan Lego Chef tu.. Tak taulah dah kali keberapa kitaorang ambil gambar setiap kali nak melayan bebudak tu nakkan gummy bear.. hahaha..

Tapi yang hari last tu memang selekeh diaorang ni.. dengan anak sedara, dengan adik-adikku, dengan cousin sekali... Ada ke patut pergi 'pau' gummy bear 'haribo' sampai berpeket-peket... Uisshhhh bukan jenuh nak ngabiskan.... Tapiiii... jenuh nak melayan bebudak ni asik mintakk jer tetiap hari.... Dah macam 'Meal' wajib... haddooiii lahhh... hahahah.. 


3) Untuk rides tak ada apa-apa yang baru.. Semua sama.. So main je macam biasa..

 

4) Scavenger hunt.. Kita kena cari 7 huruf sekitar Kingdom land pastu susun jadi satu perkataan... Yang ni kami tak buat sebabnya.. cousin dah pergi awal and dah siap bagitahu jawapan.. So... hmmmm... hehehehe... Diaorang just pergi customer service and sebut perkataan tu and tunjuk post kat media sosial dekat staff Legoland nanti kita akan dapat button badge..  

Inilah dia button badge tu.. Yang ni saya dengan adik saya iffah punya.. hehehe.. yang lain masing-masing pegang.. Jangan sesekali nak cuba nak ambik yer...


5) Pertandingan Kostum.. Haaaaaa.... Yang Part ni lah saya tak sabar nak kongsi dengan you all.. Apa yang kami dah buat sepanjang bulan Oktober 2020 lepas... hehehehe...

 

Pertandingan Kostum Halloween Legoland Malaysia pada musim COVID-19.    

Pada awalnya kami dah plan memang nak buat macam-macam kostum.. Cumanya tak tahu kostum apa yang sesuai.. So, masa minggu ke 2 kitaorang saja nak survey.. Tapi dalam masa sama kita nak tengoklah macam mana pertandingan tu dibuat.. Untuk minggu tu kitaorang buat cincai boncai jer..

Kita mula getting serious pada minggu 2.. Bayangkan.. Pertandingan tu akan di adakan pada setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad pada setiap minggu dalam bulan Oktober... So takkan kita nak masuk kan semua serentak kan.. Tak best lah.. So kita decide.. Semua anak buah dengan anak cousin masuk sorang-sorang.. Baru meriah... hehehe...


Minggu 2 (17 Oktober 2020 Sabtu)

Kitaorang decide untuk letak common 'hantu' dalam pertandingan.. Sebelum ni pun dah ada orang buat.. Tapi kitaorang nak jugak buat taaapppiiiiii kita upgrade sikit... heheheh... Jadilah seperti dibawah ni...

 

ZARA (The Pontianak)

 

 Dia sanggup pergi yang pertama.. Nervous? Entah.. Macam tak reti malu pun ada.. hahaha.. Mungkin sebab dia tahu dia boleh sorok kat bawah rambut mengerebang tu kot.. ditambah pulak dengan angin sepoi bahasa.. memang smart lah rambut lembut mengerebang kan.. hahaha..

Alhamdulillah.... Kami berjaya menambat hati ramai orang... Masa tu.. Bila Emcee tanya sape menang.. Semua tunjuk... tu...Pontianak... Batu nisan tu... hahaha...


Minggu 2 (18 Oktober 2020 Ahad)

Kitaorang decide untuk letak salah satu hantu common dalam pertandingan.. Pun dah ada orang pernah buat.. Macam biasa.. Kami kasi realistic lagi... hehehe.. Nasib anak buah ni sanggup... Sanggup melompat ye.. Katanya kalau nak menang sanggup ajer... hahahaha.. So inilah hasilnya...

 

ANIQ (The Pocong)

  

 Masa ni boleh dikatakan ramai orang terkejut... Mana taknye.. Aniq melompat sepanjang masa... tak jalan ye.. nak pindah tempat melompat.. Nasib tengah COVID-19... Ada tu dia nak bergolek lagi... You all rasa... hahahaha... Berterabur orang lari kang... hahahahaha... Itupun ada staff Legoland buat live kat IG dia.. siap letak handphone kat depan muka dia... hahahah.. Adoii lah....
 
Alhamdulillah... Dapat no 1.. Puas hati lah Aniq sebab dapat space craft Star Wars.. hehehehe..
 


Minggu 3 (24 Oktober 2020 Sabtu)

Untuk minggu ni memang mencabar.. Mencabar dari segi props, makeup, konsep.. Fuuuuhhhh... Tak macam minggu lepas.. senang sikit.. Inilah hantu pilihan kitaorang untuk minggu ke 3... Uishhh... Tapi pada minggu ni memang ramai competitors.. Agak menakutkan jugaklah kan...

 

MARYAM Anak Cousin (The Nenek Kebayan)


Masa ni seriously kitaorang dah risau.. Mana tak nya.. banyak seh competitiors... So.. Kitaorang kata kalau ada rezeki adalah InshaAllah... So nenek ni memang tarik perhatian orang jugak sebab tongkat dia tu dengan muka lagi tambah dengan rambut.. hahahah.. entahlah...

 
Alhamdulillah rezeki berpihak pada kami jugak... fuuuhhhhh legaaaaaa.... hahahaha...


Minggu 3 (25 Oktober 2020 Ahad)

Yang ni pun kostum agak mencabar buat kami.. Nak buat jadi realistic perah otak sampai rasa nak kering dah... hahaha... ok... itu hyperbola jer yer.. Berapa kali test ni.. Semakin mencabar.. Sebab orang2 yang kita pakai ni semakin muda umurnya... Agak mencabar nak mintak tolong diaorang ni ikut cakap kita... hahaha.. feninnnn... So inilah hasilnya...

 

RANA (The Penanggal)

Yang ni tangan takde.. Kita mintak dia jalan beralun kiri kanan pandai pulak mendengar kata.. hahaha... pasrah jer muka.. 


 Alhamdulillah... Berjaya dapat first prize jugak... haaaaaaa... Legaaaaaa.... hehehehe...


Minggu 4 (31 Oktober 2020 Sabtu)

Sebenarnya.... kami tak ada plan pun nak buat kostum untuk si kecik ni... Susah nak suruh dia dengar cakap nanti.. lagi-lagi dia kena pakai kostum... Ada kang yang kat tengah-tengah pertandingan mintak cabut kostum.. menaya makkkk... hahahaha... 

Tapiiiiiiiiiii............ Staff-staff kat Legoland tu dah naik syok dengan apa yang kitaorang buat.. So diaorang merayu... Seriously... Diaorang merayu tau supaya kitaorang bawak jugak si kecik ni masuk pertandingan tu...

So... kami berpakat... Kami masuk pertandingan tu just for fun jer... Layankan permintaan mereka tu... Kesian pulak tengok diaorang merayu gitu... πŸ˜…

Soooooooo....

Terjadilah hasil sebegini dalam masa seminggu.. 

 

ANAS (The Toyol)


Yang ni memang beyond expectation... Paling kecik ni paling kita risau.. Tak tahu sejauh mana dia berani.. Tapi agaknya dia dah tengok kakak-kakak dengan abang pergi depan.. ditambah pulak dengan pelbagai usaha untuk bagi dia betul-betul dapat kerjasama... fuuuhhhh dasyat.... hahahaha... terlalu banyak sangattt.... Alhamdulillah dia berjaya behave and mendengar kata dari start event sampailah ke hujung...

 
 

 
Masa ni kami dapat nombor 2.. Itu pun dah bersyukur sangat... tak expect apa-apa pun untuk hari ni... Sebab memang tak ada dalam plan... hahaha...


Bila kitaorang masuk dapat no 2.. Diaorang merayu lagi supaya masuk keesokkan harinya... Mak aih... Panjang dah story... Petang tu kami cari lagi idea.. tapi kali ni kami recycle jer apa yang boleh jadikan something different... 


Dannnnnnn Hasilnyaaaaaaa.....

 

Minggu 4 (1 November 2020 Ahad)

Ini sahaja yang kami mampu... hahahaha.... bolehlah.... Asal diaorang semua happy....

 

ANAS (The Hantu Lilin)


 

Masa ni agaknye dia dah lali kan... Dia muka selamba jer jalan masuk keluar kedai dengan kostum tu... Sengaja tarik perhatian orang ke apa.. hadoilah... Tapi masa hari tu dia memang ngantuk sesangat.. kitaorang dah risau betul... uisshhhh... Macam-macam kitaorang kena buat supaya dia stay awake... hahahaha...

 

 
 Alhamdulillah... Dapat first prize... Puas lah hati yang merayu.. Puas hati semua anak-anak... haaaaaa...

 

Kepenatan yang sangat berbaloi... Haaaaaaaaa.... Alhamdulillah...

 

 

Kenapa kami masuk pertandingan ni?

Kami decide masuk pertandingan ni disebabkan:

1) Memang untuk fun... Sebab kami tak beli ye barang-barang tu.. Semua recycle.. ambil je apa-apa yang ada kat sekeliling kita... hehehehe... JIMAT!!!

2) Memang untuk nak menang... hahahahah...

3) Untuk bantu anak-anak ni build diaorang punya Self-confidence.. Dengan cara diaorang kena pergi sendiri didepan.. jawab apa yang ditanya... Alhamdulillah.. Keberanian dan dengar kata yang kami sendiri tak sangka.. sebab tak pernah lagi test.. Ini first time kami try... Alhamdulillah.. Usaha yang tidak sia-sia harapnya.. Aamiinn...

TAPIIIII yang paling utama..... 

4) Bila kami buat macam ni... Masa nilah kami satu keluarga... Bak, Ibu, Adik Beradik, Anak-anak, Cousin semua bersatu dan meluangkan masa bersama... Boleh dikatakan setiap hari kami brainstorming, implement, adjustment.. semualah.. Bukan sekadar bila nak ada majlis kahwin, atau majlis hari jadi, ataupun majlis2 lainnya jer baru dapat spend masa bersama... This is one of the best activities to spend time with family... Maybe you all pun boleh buat benda yang sama next time.. Maybe in other competitions or other event... InShaaAllah... Masa yang diluang bersama sangat berharga.. Sebab kita tak tahu bila kita akan berpisah selamanya... 

 

Ok.. Sampai sini sahaja perkongsian saya pada you all.. Semoga sedikit sebanyak dapat memberi you all semangat nak rapatkan sillaturrahim dengan tersayang... Bukan apa... kadang-kadang kita tak terfikir.. Dengan pengalaman orang adakalanya dapat membantu kita kan.. InShaaAllah.. Saya doakan semoga you all sentiasa bahagia dengan tersayang selamanya.. Aamiin..


Tulus Dariku,

HudaGarib

Wednesday, May 19, 2021

Legoland Malaysia musim pandemik COVID-19.. Berbaloi ke?

Salam and Hi readers,

Fuuhhhhh Fuuuhhhhh... Tu bunyi tengah buang segala sawang kat blog ni yang dah bertahun-tahun. hehehe.. Lama sangat dah tak menulis. Tiba-tiba baru-baru ni mendapat semangat balik untuk menulis. Ok lah.. Jom kita masuk dalam topik tajuk kat atas tu k.

 

COVID-19 serang Malaysia.

Di Malaysia ni COVID-19 mula menyerang masa awal tahun 2020.. dan pada bulan Mac 2020, Malaysia dah mula buat total lockdown.. 

'Hah!! Lockdown!! apa kebenda tu?? PKP tu apa pulak??"

 Itulah mula-mula terlintas kat otak saya... hahaha..

Yang kita tahu semua benda dah banyak sekatan.. Sekolah, kerja, tempat awam, tempat peranginan, banyak lagi lah kan.. Senang cakap, duduk je rumah tu diam-diam.. Keluar pun hanya 2 orang je satu rumah.. 

Bila jumlah kes COVID-19 menurun sampai satu angka selama beberapa minggu.. Baru sebahagian industri dibenarkan beroperasi untuk membantu ekonomi.. Jadi masa tu dalam banyak-banyak theme park kat Malaysia ni.. Hanya LegoLand Malaysia sahaja yang dapat kebenaran untuk beroperasi pada masa tu.. 

 

 'Haaaa... Alhamdulillah... Akhirnya ada tempat nak bawak budak-budak ni.. setelah berbulan habis seluruh ceruk rumah diaorang kerjakan... termasuklah stor...hahahah...'

 

LegoLand Malaysia di musim COVID-19

Niat kami sebenarnya nak bawak budak-budak tu pergi LegoLand Hotel je.. Duduk dalam bilik pastu main lah puas-puas kat dalam bilik yang memang menarik sesangat tu kan.. Sebab masa tu harga bilik tersangatlah murah nye.. bayar 1 malam dapat 2 malam.. Dapat free lego yang pek kecil2 tu lagi kalau dapat selesaikan puzzle dan buka treasure box kat dalam bilik.. Siap dengan breakfast ok.. Breakfast pun dasyat.. ok air coklat mint dia dengan teh tarik dia superb ok... (Halah teringin lak teh tarik mamak memalam nih.. hahaha)... 

ok ok.. berbalik pada cerita ye.. hehehe... ok dalam diam-diam kami pun pergi la usha-usha tiket Legoland.. Nak jugakkk... hahaha...  

  

 'Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan'

Betul tak??

Bila kami check.. Mula lah tak senang duduk.. Sebabnya.........

 

BELI TIKET UNTUK SATU HARI BOLEH UPGRADE JADI ANNUAL PASS...

 

Wwwhaatttttt?! tak ke jaw drop tu.. Dah lah tersangkut kat johor and tak boleh balik Kuala Lumpur dalam masa yang agak lama jugakkan.. So boleh tak imagine setiap minggu boleh pergi sana and naik segala rides tu berkali-kali... haaaaa... kannnnn...

Jadi kami ambil keputusan untuk beli juga.. sebab itu sahajalah aktiviti yang kami berani nak buat.. Kenapa??


SOP Legoland

1) Scan temperature sebelum masuk kawasan Legoland.

2) Scan MySejahtera

3) Kat seluruh taman Legoland banyak Sanitizer yang disediakan.. So masa nak main ride kena sanitize, even lepas kita naik ride, staff dia akan sanitize ride tu.. tempat duduk and tempat pegang semua akan di sanitize. (Tak boleh imagine berapa gallon Legoland pakai sanitizer sehari) 

Lebih kurang macam ni lah rupanya nak kena scan and sanitize bagai tu.. Kami sebab satu family so boleh je rapat2..

4) Selalunya waktu operasi dia pukul 9.00 pagi sampai pukul 7.00 malam.. Tapi musim COVID-19 masa operasi dia pukul 9.00 pagi sampai pukul 5.00 petang je.

5) Untuk show dalam bangunan, setiap satu baris tu akan kena kosong and ada jarak yang sepatutnya dalam satu baris. Kalau show luar.. Legoland dah conteng lantai dia supaya 1 family satu kotak.. Ikutlah.. kesian diaorang dah sacrifice lantai yang cantik tu.. sob sob... 

6) Even nak beratur untuk naik ride pun kena ada jarak satu meter lebih jugaklah. Kalau naik ride, family je boleh dekat-dekat. Kalau orang asing, staff Legoland akan jarakkan satu seat. 

7) Surau tak sediakan telekung ataupun sejadah. Tak boleh masuk lebih dari 3 orang. kat lantai surau tu dah berpelekat kotak-kotak. Mana boleh solat mana yang tak boleh. Senang. Bawa je you all punya telekung sendiri and sejadah ok.. 

Ni masa nak pergi buat annual pass kat depan entrance LegoLand Theme Park..


So dengan lafaz bismillah kami pun pergi lah beramai-ramai membuat annual pass untuk semua orang. 

Boleh pilih antara :-

1) Legoland themepark, Waterpark atau Sealife. 

2) Berapa park access yang kita nak. 1 atau 2 atau 3. Harga akan berbeza la kan.. tapi memang murah masa tu.

 

Inilah hasil tangkapan... Yang hijau tu Double park.. Yang biru Triple Park.. Sengaja ambil bahagian belakang.. sebab ada benda2 yang tak boleh dishare.. sorry... 

 

Memandangkan buatnya tahun July 2020... tak lama lagi tu nak expired dah.. hahaha... cepat pulak rasanya masa berlalu kan... Tapi.. Puas hati sesangat... Kenapa?

 

'Nanti saya share apa yang kitaorang dah buat sepanjang 2020 tu. Serius BESTTTTT!!!'

 

Rezeki.. Masa buat annual pass untuk certain number of tickets kami dapat several free gift.. Salah satu daripada nya Lego 'Chinese New Year' ni.. Tahun Tikus.. Satu lagi voucher one night stay kat hotel Legoland.. Berbaloi sungguh.. Alhamdulillah.. Seronok bebudak.. Yang tua2 ni pun syok gak.. Tipulah kalau tak kan.. hehehe..

 

Kelebihan Annual Pass

1) Bila tetiba rasa nak pergi naik ride kan.. Pergi je LegoLand tu singgah naik je ride yang you all nak sangat tu... dah puas... balikkkkk... hahahahaha... Seriously queue nak naik ride pendek sangattttt... Kalau yang tak musim cuti sekolah tu kan.. You all akan rasa macam park tu you all punya.. Malas nak keluar dari ride tapi nak naik lagi.. Tengok takde orang queue.. Mintak je kat staff yang jaga ride tu nak pusing lagi satu kali round.. Confirm on jer... hahaha.. Kiteorang puas dah mintak ulang-ulang tanpa beratur.. hahaha... Walaupun ada pengunjung lain.. Still tak rasa... Rasa-rasa best ke best... haaaaa... 

2) Nak tengok show je. Pergilah untuk tengok show je.. pastu balikkk.... hehehe...

3) Nak makan fries lego. Sebab fries lego tu takada kat tempat lain hanya dalam legoland sahaja. So boleh masuk semata nak pergi beli fries tu.. hahahaha... Kiteorg tak pernah lagi la buat benda ni kan. Terlintas je pernah.. hahahah..

4) Nak masuk untuk beli lego semata? Masuk je.. Untungnye ada Annual Pass ni kan.. Semua yang kita belanja dalam Legoland akan dapat discount.. Kat restaurant and bila nak shopping.. Lebih untung kalau Annual Pass ada banyak discount untuk beli barang lego.. Paling-paling 10% discount.. Kat dalam Legoland harga lego lebih murah dan ada koleksi yang tak ada jual kat luar... Bila legoland nak "let go" stok lama... Perghh harga serious murah... tak citer lagi siap ada free gift...  Kadang-kadang ada masa.. spending sekian2 harga.. Dapat free gift.. Bukan calang2 ok gift dia... 

5) Bila ada annual pass.. Parking free tau... Tolong ambil kad parking kat customer service dia once kita masuk park.. sebab tiket boleh habis ye.. Kalau kita keluar sebelum park tutup, kita kena bayar.. Kalau memang kita akan bertahan sampai park tutup takpe.. Sebab diaorang akan bukak je palang tu..

 

Dalam entry kali ni saya cerita secara brief apa kelebihan yang kita dapat di LegoLand Malaysia masa musim COVID-19.. Cuma saya ada sedikit lagi point untuk you all take into consideration kalau nak beli tiket ok... Ini mengikut pengalaman kami lah ye...

 Budak2 bawah 3 tahun memang tak perlu beli tiket (Tepat 3 tahun kena ada tiket ye). Just tunjuk je MyKid atau surat beranak pada staff Legoland kat entrance dia.. Nanti dia akan decide boleh masuk atau tidak. Selalunya boleh je. Tapi apa yang kureng best.. haaaaa.. disini you all kena take note ok...

Bila umur 3tahun tepat keatas kena beli tiket kan... Jangan letak harapan tinggi sangat yang anak2 tu akan dapat naik banyak ride k.. Macam budak yang umur sampai 12 tahun.. kenapa?

Ride dia bukan hanya tengok umur.. Hakikatnya nak naik ride semuanya akan mengikut ketinggian anak tu sendiri. Kesian anak2 yang memang terkenal dengan kecomelan dalam ketinggian. Umur cukup tapi tinggi tak cukup... Tak boleh naik banyak ride.. bukan nak menghancurkan harapan.. tapi saya tak nak nanti you all frust.. 

Tapi kalau anak tu let say baru 5 tahun tapi comel je tinggi nye.. Confirm banyak ride tak boleh naik.. Tapi kalau umur 4 tahun tapi lagi tinggi dari yang 5 tahun tu.. Yang 4 tahun tu boleh lepas ye.. Kat sini kami pun ada frust tu.. hehehe... 

Satu lagi..  Kami perasan LegoLand naikkan ketinggian untuk naik certain ride.. Sebab anak buah saya yang terkenal dengan kecomelan tinggi tu.. Mula2 boleh naik banyak ride.. Tetiba akhir 2020 dia tak lepas... Kesian sangat... dia frust betul.. Dia kata 'Kenapa hari tu boleh je'.... Jenuh nak explain and pujuk dia... sob sob... Kami pun tak pasti kenapa..

 

Dari apa yang saya kongsi ni you all buat penilaian sendiri ok.. Berbaloi ke idok? Bagi kami berbaloi sangat... Nanti saya update apa yang kiteorang dah buat kat Legoland sepanjang 2020 tu... hehehe... Ada benda yang orang tak buat pun kiterorang buat.. hahaha... Just for fun and nak do something yang menarik masa musim COVID-19.. Adalah at least memori 2020..

 

Tulus Dariku,

HudaGarib