Monday, December 18, 2023

Menyusun Pelangi (Lirik)



Menyusun Pelangi

Lagu: Hafidz Garib

Lirik: Hafidz Garib

Penyanyi: Amirun Afiq


Puas dirimu menafikan hadirku

Lelah rasaku menanti bayangmu

Bintang menghilang malam semakin suram

Masihku disini mengharap dirimu


Rasa terindah hanya sebentar cuma

Tak mungkin ku menoleh bila ku terus melangkah

Menitis tinta terhapus penulisan

Terpadam semua rasa yang menyala 

Ooooo....


Cinta di mana kau letakkan setia

Mengapa kau campakkan oh begitu saja

Hilang arah tak tahu ke mana


Sungguh batinku meneriak namamu

Luntur harapku bila kau pergi menjauh

Terlerai sudah hikayat cinta yang kita bina

Pergilah...

Pergi usah kembali...

Yeahhhh... Ohhh.... ooo...


Menitis tinta

Terhapus penulisan

Terpadam semua rasa yang menyala

aahhhh... Yeahhhh...


Sungguh batinku meneriak namamu

Luntur harapku bila kau pergi menjauh

Terlerai sudah hikayat cinta yang kita bina

Pergilah... ooohhh.. oooohhhh..


Sungguh dirimu kehilangan cinta ku

Takkan kembali padamu aku berjanji

Terhakis sudah gelumang jiwa yang penuh siksa

Usahlah...

Usah pernah kembaliii...


Ku teruskan langkah dijalanan sepi

Perlahan ku menyusun pelangi...


Kisah disebalik lagu

Kisah seorang lelaki dan perempuan sebagai pasangan yang bahagia sehingga datangnya orang yang ketiga dari masa lampau.. Di uji pasangan itu dengan kehadiran insan pernah bermakna dalam hidup di masa lalu.. Lalu tercipta 'curang' diantara hubungan bahagia itu..

Kemudian penyesalan berlaku.. Wujudlah 'second chance' dan seterusnya.. Sehinggalah tabiat itu tidak dapat dibendung.. Akhirnya pasangan tersebut berpisah.. 

Yang curang berkahwin dengan pilihan curangnya.. Yang dicurangi meneruskan hidup meninggalkan segala memori dan berjanji tidak akan menerima ex nya itu dalam kehidupan di masa hadapan mahupun bila-bila..


Itu sedikit sebanyak yang saya tahu dari cerita penulis lirik dan lagu tersebut..


Sekian.. 





Buku, Kursus dan Pengalaman Tadika 'I Can Read' Bahasa Inggeris



Hi.. Assalamualaikum..

Lama menyepi.. Terbengkalai pula blog ni.. Maaflah tuan blog ni baru balik jenguk ladang dia ni haa.. 😆.. 


Lepas PKP 2 tahun lepas saya mula mengajar disekolah.. Al-Itqaan.. Tugas saya.. Pagi di Asasi (5-6 tahun) serta Peralihan (untuk betulkan semula bacaan Iqra dan Al-Quran anak-anak sebelum dihantar ke kelas Hafazan Juz Amma.. Sambil-sambil perbaiki bacaan dan tulisan Jawi, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris masing-masing).. Kemudian bila petang pula Saya akan mengajar Mahaad (Darjah 1 - 6) Bahasa Inggeris.. Jadi agak padat juga jadual nya..


Kenapa ada masa ni nak tulis blog?


Sebab sekolah baru start cuti! Yeay!! 😂


Cuti.. cuti jugak.. Kerja untuk RPH still berlambak.. 💆🏽‍♀️😆


By the way,


Hari ni nak sembang pasal buku english untuk tadika..


Sebelum ni kami disekolah gunakan satu set buku ni.. Cuma kali ini kami nak cuba pula gunakan buku lain dan nak lihat keberkesanan buku-buku ini 


Buku Teks 'I can read' AWAL


Buku-buku ni dah lama ada dipasaran sejak 2008.. Cumanya mereka tak tekankan sangat pada marketing.. Sekarang baru dikenali.. 


Ok.. Untuk nak mula gunakan buku-buku ni AWAL ada buat kursus untuk penggunaan buku-buku mereka.. Dari Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Jawi, Al-Barqi, Matematik dan Sains.. 


Kelas-kelas tersebut akan ada banyak modul yang akan dikongsi oleh speaker untuk subjek tersebut.. So at least kita as guru tahu serba sedikit tentang KSPK (Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan).. Ini adalah guideline yang diberi Kementerian untuk sekolah-sekolah ikut dalam pembelajaran.. 


Ini rupa buku tersebut.. Kami guru-guru sedang tertunggu-tunggu keluaran baru tapi masih tiada lagi.. So kita teruskan saja apa yang ada dulu.. 

Andai tak tahu bagaimana nak cari.. Boleh je buka website ini bpk.moe.gov.my . InShaaAllah jumpa.. 😄 Wajib untuk guru-guru tahu KSPK ni sebelum mengajar ye.. 


So, buku I can Read ni secara kasarnya nampak sangat tersusun dan merangkumi banyak aspek.. Mudah untuk mengajar dan mudah untuk dibelajar.. Di dalam buku pun ada disediakan QR Code untuk kita gunakan dalam pengajaran nanti..


Pada 17 Disember 2023.. 


Awal adakan kursus untuk buku I Can Read.. Antara highlight yang diberi adalah:

1) 5 Komponen penting dalam kemahiran membaca.

2) Fonik yang digunakan didalam buku I Can Read.

3) Bunyi-bunyi Asas dalam bahasa Inggeris (Fonem)

4) Mengajar membaca (Blending)

5) Teknik berkesan (Aktiviti kelas)


Kelas guru-guru ni menarik.. Kitalah guru.. Kita juga jadi murid.. Seronok dan banyak betul ilmu-ilmu nya.. 😍🤲🏻


Ini antara aktiviti yang boleh kita buat didalam kelas nanti.. Yang keliling depan tu semua anak-anak murid acah mak enon saya untuk hari tu.. hehehe..


Banyak sangat idea-idea yang dikongsikan dalam kelas tersebut.. Mock teaching, aktiviti kelas, games, eh banyaklah.. Otak overload.. 😆❤️


Puan Ifah speaker yang bagus.. Apa yang nak disampaikan pada kita semua sangat jelas dan creative.. Lurve sangat.. ❤️❤️

Team kursus I Can Read 2023 yang sporting habis.. 


Alhamdulillah dapat menambah ilmu lagi.. Semoga kami semua dapat gunakan ilmu-ilmu yang baik ini dan manfaatkan lagi serta mengembangkan lagi ke arah yang diRedhai Allah selamanya.. Aammiinn.. 


Mungkin nanti saya akan ceritakan bagaimana impact pada murid-murid bila guna bahan bacaan ini ye.. Tapi akhir tahun depan la kot.. hehehe.. Banyak ni kerja nak kena buat.. Nervous uiii.. 😅😆


Ok guys.. See you in the next post.. InShaaAllah.. 


Semoga segala amal kebaikan kita diterima disisi Allah dan bermanfaat buat kita diakhirat nanti.. InShaaAllah.. Aamiinn.. 🤲🏻❤️ 


Assalamualaikum..